🌈 Cara Buat Nasi Ayam Melayu
NASIAYAM SERENDAH RM3. Di Taman Ungku Tun Aminah, sebuah gerai yang terletak dalam restoran di sepanjang Jalan Perkasa 4, pengusaha makanan menawarkan sepinggan nasi ayam dengan h4rga serendah RM3. Pengusaha gerai Chong Wu, 40, berkata empati kepada golongan kµrang bernasib baik adalah alasan beliau untuk mengekalkan h4rga rendah.
Ayamsecukupnya 1 biji telur Cili padi -jika suka Kicap manis secukupnya - beli online disini Garam, gula dan perasa secupnya 1/2 kiub pati ayam - beli online disini Sayur (apa-apa sayur yang sedap: sawi, lobak merah, kubis,kacang panjang) CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan lumurkan dengan garam serta serbuk kunyit.
BICARABERITA - Nasi lemak adalah nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa sehingga rasanya menjadi gurih, selain itu, kerap kali ditambahkan juga daun pandan dalam proses pembuatannya untuk memperkuat aroma.. Nasi lemak adalah jenis makanan khas suku Melayu yang biasa ditemukan di Malaysia, di mana hidangan ini dianggap sebagai salah satu hidangan nasional Malaysia.
Caramemasak nasi ayam khas Semarang: Untuk nasi gurih: Masak santan, garam, daun salam, dan serai sampai wangi. Masukkan beras, masak dengan api sedang sambil sesekali di aduk sampai mendidih dan santan terserap habis. Kukus nasi sampai matang. Opor: Potong-potong ayam sesuai selera, bersihkan, dan cuci sampai bersih kemudian sisihkan.
Sedia- biji bawang merah (bawang besar). Sedia - sudu kecil garam. Sedia - sudu kecil ajinamoto. Sedia - Setengah biji limau nipis. Sedia - Setengah cawan minyak masak. Baca : Resepi Banana bread cake Enak 4 Langkah. In Indonesia penyet dishes, such as fried chicken and ribs are commonly associated with Surabaya, the capital.
Sekarangni orang Melayu pun dah ramai yang jual nasi briyani dan juga daging atau ayam masak kandar. Sebab juadah ni ada banyak permintaan. Tak perlu ke mamak Penang lagi dah. Kalau anda nak cuba masak sendiri, jom ikut resepi nasi briyani dan lauk daging kandar yang dikongsikan oleh Muhammad Hafizuddin ni.. Boleh buat sebagai hidangan istimewa untuk keluarga.
NasiPadang Buffet With 12 Types Of Sambal Aroma Kampung. Resepi Melayu | Nasi ayam cik epal - Air pes udang utk me goreng lagi sedap. Sempena bulan ramadhan al mubarak ni, oi jom membawakan satu segmen khas iaitu dapur bajet oi. How to make apple pie | cara membuat pai epal. Nak details boleh tengok kat epal okey. Exotic fruit tartlets 15sec.
Namun sebenarnya terdapat pelbagai cara boleh dilakukan bagi menjadikan hidangan anak-anak lebih berkhasiat iaitu dengan mencampurkan susu ke dalam makanan si comel.","body":"sitizarinah@ Untuk anak kedua Muhammad Aisy Aryann, Ayu bercadang menyediakan hidangan yang sama bagi memastikan apa yang dinikmati Aisy turut sama
10 Plastik (untuk menggulung) Cara penyediaan: Sewaktu nak masak nasi, masukkan kiub ayam, garam dan gula kemudian gaul sebati. Alas plastik atas papan pemotong dan letak kan seaweed, nasi (dinipiskan) kemudian letak bahan-bahan di atas nasi dan gulung menggunakan plastik yang disediakan. Gulung bagi kemas supaya mudah kita nak potong sushi
. Sepertinya Anda menggunakan alat otomatisasi untuk menelusuri situs web kami. Mohon verifikasi bahwa Anda bukan robot Referensi ID a0b7cea1-0a23-11ee-b3a9-41426e634b6d Ini mungkin terjadi karena hal berikut Javascript dinonaktifkan atau diblokir oleh ekstensi misalnya pemblokir iklan Browser Anda tidak mendukung cookie Pastikan Javascript dan cookie diaktifkan di browser Anda dan Anda tidak memblokirnya.
Ini merupakan resepi Nasi Ayam yang Sedap dan Viral 2021. Resepi istimewa set nasi ayam yang lengkap mudah nak masak, semestinya paling sedap nak buat di rumah! Penggemar nasi ayam pasti suka rasa dan aroma nasi ayam. Sup dan sos menjadi pelengkap rasa nasi ayam! Menu nasi ayam turut menjadi pilihan dan popular di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Oleh itu, beberapa resepi Nasi Ayam Viral boleh disediakan sebagai hidangan di rumah mahupun dijadikan idea untuk memulakan perniagaan Nasi Ayam Viral dengan mengambil tempahan untuk majlis-majlis tertentu. Resepi Nasi Ayam Che Nom Nasi Ayam Che Nom Sumber Che Nom Bahan untuk ayam direbus 1 ekor ayam dipotong 8 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 2 cm halia, ditumbuk halus 1 kiub ayam Bahan untuk ayam diperap 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 1 cm halia, ditumbuk halus 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 1 sudu besar kicap cair Sedikit madu untuk sapuan Bahan untuk nasi 3 cawan beras 4 cawan air rebusan ayam 2 sudu besar butter 1 cm halia ditumbuk halus 3 ulas bawang putih ditumbuk halus Sedikit garam 2 bunga lawang* 4 buah pelaga* 1 kayu manis* 1 batang serai ketuk 2 helai daun pandan Sedikit kunyit untuk warna dan aroma Bahan untuk sos 5 biji cili merah 3 ulas bawang putih 2 cm halia 1 sudu besar cuka 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula 1/2 cawan air rebusan ayam Bahan untuk sup Air rebusan ayam 1 biji bawang besar, dikisar Rempah sup bunjut Garam Daun sup dan daun bawang yang dihiris Bahan untuk kuah kicap Kuah kicap perapan ayam di atas Kicap manis cap kipas udang Sedikit garam Air rebusan ayam CARA PENYEDIAAN NASI AYAM CHE NOM Cara untuk ayam Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang diketuk. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam rujuk bahan perap untuk ayam Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu. Cara untuk memasak nasi Basuh beras dan tos air. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis*, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa. Cara untuk memasak sup Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup. Cara untuk memasak sos Kisarkan semua bahan di atas. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma. Cara untuk memasak kuah kicap Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang. Tips Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng. Resepi Nasi Ayam Azie Kitchen Nasi Ayam Azie Kitchen Sumber Azie Kitchen Bahan-bahan Lauk Ayam 1 ekor ayam 2 inci halia 4 ulas bawang putih 5-6 ulas bawang merah Bahan perap 1 sudu besar sos tiram 1-2 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap manis 1-2 sudu besar madu 1 sudu besar minyak bijan Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang. Nota Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya. Nasi Ayam 2 sudu besar mentega – tak guna Ketulan lemak ayam – panaskan dan ambil minyak ayam – saya tambah 5 ulas bawang merah – tumbuk 3 ulas bawang putih – tumbuk 2 inci halia – tumbuk 2 helai daun pandan 1 helai daun salam bay leave 1/4 cawan susu full cream 1/2 – 1 kiub serbuk pati ayam 1 sudu kecil garam Secubit gula Rempah penumis – 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker. Di dalam kuali masukkan mentega saya guna minyak ayam, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang. Sambal Cili 5 tangkai cili padi merah siam – saya guna cili merah 5 ulas bawang putih 2 inci halia – saya tambah 1 sudu kecil cuka 1 sudu kecil garam atau secukup rasa 1 sudu kecil gula atau secukup rasa 1/2 cawan air rebusan ayam – saya tambah Sos tomato – opsyenal saya tambah. Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat. Sambal Kicap Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat. Kuah Sup Jeruk kubis Garam Serbuk pati ayam Daun bawang – tabur Bawang putih goreng – tabur Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam. Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang. Resepi Nasi Ayam Sheila Rusly Nasi Ayam Sheila Rusly Sumber YouTube Sheila Rusly Bahan-bahan Nasi Ayam 2 inci halia dan 3 ulas bawang putih 3 helai daun pandan Sedikit Butter MAGGI Concentrated Chicken Stock Beras Minyak Bahan-bahan Perapan Ayam 1 ekor Ayam Sos Tiram Kicap pekat caramel Minyak Bijan Kicap cair Garam Gula Lada hitam MAGGI Cukup rasa Cara Penyediaan yang Mudah Tumbuk sehingga lumat halia dan bawang putih. Tumiskan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Masukkan daun pandan. Masukkan MAGGI Concentrated Cheicken Stock dalam tumisan, masak sehingga sebati. Basuh nasi sebanyak 3 kali, elakkan cuci banyak kali untuk mengekalkan khasiat dalam nasi. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Masukkan air. Kemudian masukkan butter dan biarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum nasi ayam dimasak didalam periuk nasi. Sementara menunggu nasi masak, goreng ayam yang telah diperap ke dalam minyak yang panas. Resepi Nasi Ayam Hainan Nasi Ayam Hainan Sumber Daily Makan Bahan-bahan Ayam Hainan Ayam Daun bawang Hirisan halia Kicap Bawang putih cincang Sos tiram Kicap cair Gula & garam Bancuhan tepung jagung Cara-cara Rebus ayam bersama daun bawang dan hirisan halia selama 15-20 minit mengikut saiz ayam. Bila dah masak, rendam dalam air ais. Biarkan selama 20-30 minit. Sambil menunggu, boleh buat kicap dia. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan hirisan halia. Masukkan pula air rebusan ayam tadi agak-agak. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan juga air bancuhan tepung jagung, tunggu sehingga sedikit pekat dan mendidih. Kemudian tuangkan atas ayam yang sudah dipotong. Bahan-bahan Sup Air rebusan ayam Halia Bawang putih hiris Serbuk perasa sedap maggie Garam Cara-cara Renehkan semua bahan sehingga mendidih. Perasakan dan biarkan sehingga mendidih. Siap! Bahan-bahan Nasi Ayam Bawang putih cincang Serai dititik Halia dihiris Beras yang sudah dicuci Air rebusan ayam Garam Cara-cara Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan serai dan halia. Kemudian masukkan beras, goreng sekejap. Masukkan pula air rebusan ayam dan tambah sedikit garam. Bahan-bahan Taugeh Stim Taugeh Sos kicap Daun bawang Cili merah Cara-cara Siram taugeh dengan air panas. Kemudian letak dalam pinggan. Curahkan sos kicap yang sama untuk ayam tadi. Kemudian taburkan daun bawang dan cili merah. Siap! Bahan-bahan Cili Nasi Ayam Bawang putih cincang Cili merah* Serai* Bawang putih* Cili padi jika mahu pedas* Air rebusan ayam Cuka Gula Garam Sos tomato Cara-cara Kisarkan bahan bertanda * bersama air rebusan ayam. Ketepikan. Tumiskan bawang putih cincang sehingga keperangan. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tambahkan cuka, gula, garam dan sos tomato. Biarkan mendidih dan siap. Bahan-bahan Kicap Nasi Ayam Bawang putih cincang Air rebusan ayam Sos tiram Serbuk 5 spices Garam Gula Bancuhan tepung jagung Cara-cara Tumis bawang putih sehingga keperangan. Masukkan air rebusan ayam, sos tiram, serbuk 5 spices, sedikit garam dan gula. Bila dah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung. Biarkan lagi sehingga mendidih, siap Resepi Nasi Ayam Thai Nasi Ayam Thai Sumber Blog Rasa Bahan-bahan Isi dada ayam Akar Ketumbar Hirisan halia secukupnya Kiub pati ayam secukupnya 3 cawan beras dibersihkan dan ditos Bahan Sos Nasi Ayam Thai Sos Cili Thai Maggi 1 sudu kicap pekat Sedikit perahan jus limau nipis Sedikit air jika perlu Cili merah dhiris boleh gunakan cili padi jika mahu lebih pedas Cara memasak Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih, kemudian masukkan perasa kiub pati ayam. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba! Resepi Nasi Ayam Madu Bakar Sugu Pavithra Nasi Ayam Madu Bakar Sumber Sugu Pavithra Bahan-bahan- Untuk sup dan rebusan ayam 1 inci halia 1/2 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih diketuk 1 kiub ayam 1/4 ayam Untuk perapan ayam Selepas ayam direbus, perap ayam dengan; 3 sudu besar madu 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap manis 1 sudu kecil minyak bijan Untuk nasi ayam 2 cawan beras – basuh dan toskan Gunakan kulit ayam untuk jadikan nasi lebih sedap dan berlemak 2 ulas bawang putih ditumbuk 2 ulas bawang kecil ditumbuk 1 ini halia ditumbuk Untuk sos cili Semua bahan perlu dikisar. 3 biji lada merah besar 2 ulas bawang putih 1 sudu besar gula 100ml kuah sup ayam 1/2 sudu besar jus limau 1 sudu besar sos cili Secubit garam Gunakan kicap lebihan perapan ayam dan masak atas api. Tambah sedikit kicap & kuah sup, masak sehingga sos kicap. Langkah-langkah penyediaan 1. Cara buat sup dan rebusan ayam Letak air dalam periuk kira-kira 1 liter air. Kemudian masukkan semua bahan rebusan tadi. Masukkan pula ayam dan rebus. Ayam tak perlu rebus lama, cukup sekadar didihan pertama sahaja. Angkat ayam & toskan. Sup dah masak tutup api. 2. Cara buat perapan ayam Campur semua bahan perapan ayam bagi semua sebati. Tak perlu lagi untuk letakkan garam sebab sos tiram dah masin. Tapi boleh adjust ikut selera jika nak tambah garam atau gula. Perap dalam 2 ke 3 jam. Perap 1 jam pun boleh. Tapi kalau lagi lama perap lagi sedap dan ayam bila dibakar bertambah lembut isinya. 3. Cara masak nasi ayam Panaskan kuali terlebih dahulu. Kemudian letak 2 sudu besar marjerin dan letak bahan tumbuk tadi. Tumis sampai keperangan, kemudian masukkan pula lemak dan kulit ayam tadi. Tumis lagi sehingga lemak-lemak tu cair. Lepas tu masukkan beras yang dah cuci tadi. Kacau rata bagi beras masak seketika. Waktu ni memang satu dapur semerbak baunya, sampai rumah sebelah pun boleh bau tau! Kemudian masukkan beras yang sudah ditumis tadi dalam rice cooker. Tambah 1 kiub ayam. Masukkan pula kuah sup dalam kuantiti 2 cawan setengah. Boleh juga gunakan 1 cawan sup dan 1 cawan air kalau sup tak banyak. Biarkan dalam rice cooker sampailah masak. 4. Cara bakar ayam madu Untuk bakar ayam madu ni, oven perlu dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200°c. Kita tunggu lah dalam 15 minit untuk bagi oven panas dahulu. Susun ayam dalam loyang yang sesuai. Pastikan ayam tidak bertindih dan ada jarak supaya lebih cepat masak. Bila oven sudah panas, bakar ayam selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Pastikan ayam tidak terlebih masak, kalau tak nanti ayam jadi kenyal. Tak sedap nak makan. Untuk lebihan kicap perapan jangan buang dulu! Bila dah masak nanti boleh lumur sedikit kicap tersebut pada ayam dan bakar semula dalam 3 hingga 5 minit. Lagi sedap nanti tau. 5. Cara buat sos cili dan kicap Semua bahan yang dikisar masakkan atas dapur api yang kecil. Masak sampai pekat ikut citarasa sendiri. Yang penting kena selalu kacau. Jangan tinggalkan atas dapur lama-lama. Untuk kicap pula, gunakan bahan lebihan perapan ayam dan masak atas api. Tambah sedikit kicap & kuah sup, masak sehingga sos kicap pekat. Dah siap semua boleh laa dihidang. Untuk sihatkan lagi nasi ayam kita ni, sedikan sayur-sayur segar seperti salad, timun dan tomato. Cuci bersih-bersih dan potong mengikut cara anda sendiri. Resepi Nasi Ayam Sos Lemon Nasi Ayam Sos Lemon Sumber Pn Rahayu Z Cara Membuat Nasi Ayam Pusa Gold Planta Basuh beras dalam penapis. Tumis Planta secukupnya. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 sekawan. Setelah bawang garing, masukkan 3 hirisan halia, 2 helai daun pandan dan 1 batang serai yang diketuk. Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau seketika sebelum ditutup apinya. Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan yang betul. Masak nasi seperti biasa. Selepas nasi masak, boleh tambahkan sedikit lagi Planta untuk rasa yang lebih sedap. Cara Membuat Sup Ayam Ringkas Tumis 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan. Masukkan 3 hirisan halia. Masukkan sekali 1 sudu besar serbuk lada sulah dan 1 kiub pati ayam. Pilih sedikit bahagian ayam yang bertulang. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri. Kemudian masukkan 5-6 cawan air. Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Boleh masukkan bebola untuk penambahan rasa. Tutup api selepas rasa sebati. Cara Membuat Air Cili Kisar hancur 3 tangkai lada merah, 1 tangkai daun ketumbar dan 1/4 tomato. Masukkan dalam periuk. Tambahkan 2 senduk sup ayam. Guna api perlahan sahaja. Tambahkan 3 sudu besar sos cili Thai dan 1/2 sudu halia parut. Tambahkan garam dan gula sekiranya perlu. Tutup api selepas sos mula mendidih perlahan. Cara Membuat Sos Kicap Ambil 2 senduk sup. Tambahkan 1/2 senduk kicap Jalen Lemak Manis dan 2 hirisan halia, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu kecil sos ikan. Tambahkan sedikit perasa. Tutup api selepas sos mendidih perlahan. Cara Membuat Ayam Goreng Crispy Hiris nipis 1 ketul dada ayam Perapkan bersama bahan 1 sudu besar sunquick 1/2 sudu kecil kicap Jalen 1 titik sos ikan Secubit garam Secubit perasa 1/2 sudu kecil lada sulah Secubit lada hitam kisar Lumurkan putih telur. Lumurkan tepung goreng ayam depan belakang. boleh guna Tepung Bestari original/ tepung jagung dengan serbuk roti putih. Perap selama 1 jam. Panaskan minyak. Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering. Kalau nak kulit luar tebal, boleh ulang 2 kali. Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata. Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan. Cara Membuat Sos Madu Lemon Cedok 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain. Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon. Masukkan 1 sudu besar madu. Tuang bancuhan air tepung jagung.1 sudu besar tepung jagung + 1 senduk sup ayam Masukkan secubit garam/secukup rasa. Masukkan hirisan lemon tanpa biji setelah kuah mula suam. Siap untuk kuah sos lemon yang lazat. Bila sos sejuk, bolehlah dituang atas ayam. Taburkan sedikit bijan yang telah disangai. Siap. Resepi Nasi Ayam Umi Nasi Ayam Umi Sumber Pn Rafiza Idayu Tip penting bagaimana hendak membuat ayam kita juicy. *Masak air hingga mendidih Dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus. Tutup periuk wajib dan masak hingga 5 ke 6 minit. Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit. Api mesti besar. Air rebusan ini akan digunakan untuk buat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam Rendam beras dengan kunyit dalam 15 minit dan toskan. Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning kuning krim sahaja. Warna pastel menampak hidangan kita kelihatan mewah’. Lemak ayam sebenarnya the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. 3. Bahan utama untuk menghasilkan NASI AYAM. *Beras pot untuk 6 ke 7 orang 2 ulas bawang putih 1 inci halia Kiub pati ayam optional Bay leaf atau daun pandan – untuk wangi Lemak ayam Air rebusan ayam Serbuk kunyit Rendam beras selama 15-30 minit. The ultimate secret nasi ayam ==> Lemak ayam. Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi. Tutup. Yeah… lemak sudah bertukar menjadi minyak. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus. Masukkan bay leaf daun salam dan kiub pati ayam. Boleh gantikan dengan daun pandan jika tiada daun salam. Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air yang akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tadi. Masukkan beras dan masak sebentar. Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras. Air ngam ngam hoi sebab beras dah kembang masa kita rendam. Pindahkan ke periuk nasi. Resepi Nasi Ayam Khairul Aming Resepi Nasi Ayam Khairul Aming Sumber Khairul Aming Cara Penyediaan Rebuskan 1 ekor ayam. Masukkan halia sebesar ibu jari dan juga 3 ulas bawang putih. Bila ayam sudah separuh masak, bawa keluar dahulu ayam dan letak ketepi. Lepas itu, air rebusan kita akan guna untuk dua benda Nasi Ayam First, kita nak masak nasi. Kita cairkan 2-3 sudu marjerin. Masukkan kulit kayu manis dengan bunga lawang. Lepas itu, masukkan bawang merah atau bawang besar pun boleh. *bahan tumisan. Basuh beras dan level 1 jari dekat atas beras. Masukkan air rebusan sampai level itu. Masukkan bahan-bahan tumisan tadi dan letakkan daun pandan. Garam sedikit, dan pewarna kuning telur untuk bagi warna kuning. Masak nasi dalam periuk nasi macam biasa. Dan sedia untuk dihidang. Sup Lebihan air rebusan, kita tambahkan lagi air. Letakkan sup bunjut. Letakkan kaki ayam atau bahagian ayam yang lebih. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Masukkan daun sup dan masak sehingga mendidih sekejap dan sedia untuk dihidang. Untuk sup senang dan simple sangat. 5. Selepas itu kita nak buat sos cili Blend dalam 7 biji cili besar, 4 biji cili kecil dan dua sudu cuka, dua sudu gula. Garam, air sikit dan blend. Jika raw, flavour dia lagi strong. Kalau nak masak atas kuali pun boleh. Masak sekejap, lepas itu dah siap. 6. Untuk sos kicap, senang sahaja Ambil sedikit sup ayam yang dah siap tadi. Campurkan dengan kicap manis. Dalam sup tadi ada halia dan bawang putih, ambil sedikit, tumbuk dan kacau dengan sos kicap. Taara~ siap! 7. Untuk ayam Gaulkan ayam dengan garam. Letakkan sos tiram dan kicap manis. Minyak masak sedikit. Biasanya digoreng, tetapi nak elakkan minyak meletup, letakkan dalam air fryer je. Bakar dalam suhu 200 celcius selama 2 minit. Jangan lama sanggat, sebab sayam dah separuh masak. Boleh dihidang dengan nasi dan sayur-sayur, sos kicap dan cili diatas. Dan dimakan dengan sup yang panas-panas. Selamat mencuba! Penutup Pelbagai resepi Nasi Ayam Viral 2021 yang telah diolah mengikut citarasa masing-masing. Resepi Nasi Ayam Viral 2021 ini, sedap dan lagi menyelerakan apabila dimakan panas-panas. Kalau anda rasa nak cuba resepi berasaskan ayam, boleh cuba resepi Ayam Masak Merah dan resepi Ayam Yang Paling Sedap. Ada resepi Ayam Tersohor yang patut anda cuba! Saya paling suka resepi kelima, dalam resepi Ayam Pilihan. Anda pun patut cuba, pastinya mudah dan sedap! Pandemik yang melanda, menghadkan pergerakan, jadi inilah masanya untuk asah skill masak di rumah. Ikatan keluarga yang terjalin pasti lebih erat bila anda habiskan masa di rumah dengan yang tersayang. Masak lebih mudah dan paling sedap dengan adanya resepi Nasi Ayam Sedap Viral sebagai panduan, keluarga pun dapat merasa set Nasi Ayam Sedap Viral buatan anda! Lebih jimat dan portion pun banyak bila anda sediakan sendiri, lagi puas hati bila makan.
Nasi ayam memang mempunyai pelbagai jenis resepi. Ada nasi ayam Hainan, panggang, roasted dan macam-macam lagi. Jadi, kami kongsikan beberapa resepi nasi ayam untuk dijadikan panduan. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Jom kita try! 1. Resepi Nasi Ayam bersama Ayam Panggang Bahan-bahan stok ayam & ayam panggang 2 inci halia 6 ulas bawang putih 5 batang daun bawang bahagian putih 1/2 kiub pati ayam 1/2 ekor ayam Sedikit kicap pekat & kicap cair Cara buat stok ayam & ayam panggang Masukkan halia, bawang putih, daun bawang dan kiub pati ayam ke dalam periuk yang mengandungi ayam & air yang melitupi seluruh ayam. Didihkan sehingga ayam lembut dalam 30-40 minit. Keluarkan ayam dari sup dan masukkan segerake dalam air sejuk selama 1-2 minit untuk menghentikan proses ayam masak. Keluarkan ayam dari air sejuk dan lumurkan dengan sedikit sahaja kicap pekat dan kicap cair. Perap selama 15 minit. Selepas ayam diperap, masukkan ke dalam air fryer dan goreng suhu 160 selama 10-15 minit. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven. Bahan-bahan nasi ayam Lemak ayam yang berlebihan Sebiji bawang holland dihiris 7 ulas bawang putih dihiris 2 inci halia dihiris Beras Minyak bijan Garam Cara buat nasi ayam Goreng lemak ayam sehingga keluar minyak yang banyak. Tumis bawang putih, bawang holland dan halia ke dalam minyak ayam. Setelah garing, masukkan hasil tumisan ke dalam beras yang telah dicuci bersih. Masukkan stok ayam mengikut sukatan beras. 1 cawan nasi, 1 cawan stok ayam untuk Pressure Cooker Perasakan dengan garam secukup rasa. Titiskan sedikit minyak bijan. Masak nasi seperti biasa. Bahan-bahan sos 8 ulas bawang putih 2 inci halia Sebatang serai 8 biji lada merah Akar daun ketumbar Gula merah Garam 1/2 cawan stok ayam Cara buat sos Kisar semua bahan, dan siap. Bahan-bahan kicap 1/2 sudu kicap pekat 1 sudu kicap cair 1/2 minyak bijan 2 sudu stok ayam Cara buat kicap Campurkan semua bahan, dan siap. Bahan-bahan sup Fishball Bawang goreng Daun bawang Cara buat sup Gunakan stok ayam yang telah disediakan. Hanya tambah fishball, bawang goreng dan daun bawang. Sumber Noraini Noor Mohamed dari Masak Apa Hari Ni 2. Resepi Nasi Ayam Roasted Resepi ini untuk 5-6 orang makan. Bahan-bahan sup ayam 2 liter air 1 kiub ayam Maggi Serbuk lada sulah Garam 1 keping halia 1 ekor ayam Bebola ikan Cara buat sup ayam Panaskan air dalan periuk. Masukkan kiub pati ayam. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan halia. Selepas sup mendidih, masukkan ayam. Angkat selepas ayam separa masak dalam 10-15 minit. Toskan ayam. Sambung reneh sup dalam api perlahan. Masukkan bebola ikan. Sewaktu dihidangkan, boleh taburkan daun bawang dan bawang goreng. Bahan-bahan nasi ayam 1 senduk marjerin 2 keping halia 2 helai daun pandan disimpul 1 barang serai diketuk 1 sudu gula Lemak ayam kalau ada 3 cawan beras 1 cubit kunyit Cara buat nasi ayam Panaskan marjerin dalam kuali. Masukkan halia, daun pandan, serai, gula dan lemak ayam. Masukkan beras yang sudah dibersihkan. Goreng seketika sebelum dimasukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi. Tambahkan air sup secukupnya dan masukkan serbuk kunyit. Masak nasi seperti biasa. Semasa nasi hampir masak, masukkan lagi sedikit marjerin untuk rasanasi yang berlemak dan wangi. Bahan-bahan ayam panggang 1 ekor ayam tadi 2 sb kicap pekat 1 sb kicap cair 2 sb sos blackpepper 2 sb sos tiram 1 sb minyak bijan Cara buat ayam panggang Campurkan semua bahan tadi dan lumurkan ayam yang sudah ditoskan. Bakar ayam sehingga masak. Potong ayam kepada bahagian kecil sebelum dihidangkan. Tips Untuk kulit ayam yang rangup, sebelum memasak ayam, jemurkan ayam yang sudah dilumurkan selama setengah jam di bawah cahaya matahari. Bahan sambal cili 5 batang cili merah 2 batang cili padi merah Sekeping halia 1 labu bawang putih jeruk dibuang kulit dan tangkai 2 senduk air jeruk bawang putih 2 sb sos cili Thai Cara buat sambal cili 1. Kisar semua bahan-bahan kecuali sos di atas sehingga sedikit halus. 2. Tuang ke dalam periuk kecil. 3. Masukkan sos cili Thai, masak seketika. Siap. Bahan-bahan sambal kicap 1 senduk kicap cair 1/2 sk minyak bijan 1 sb kicap biasa 1/2 sk sos tiram Cara buat sambal kicap Campurkan kesemuanya dalam periuk. Panaskan seketika. Tambahkan dengan sedikit sup tadi. Kacau rata dan sedia dihidangkan. Sumber Afy Al Habibi dari Masak Apa Hari Ni 3. Resepi Nasi Ayam Paling Simple & Mudah Resepi ini adalah anggaran untuk 8 orang makan. Bahan-bahan sup dan ayam panggang 1 ekor ayam dibelah 4 1cm halia 3 ulas bawang putih 1 ketul kiub pati ayam 1/2 cawan sos tiram 1/3 cawan kicap lemak manis 1 sudu minyak bijan 2 sudu madu Cara buat sup dan ayam Rebus ayam dalam air panas mendidih selama 7-8 minit. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub pati ayam. Air rebusan jangan dibuang. Angkat ayam, toskan dan sapu sos tiram, kicap, minyak bijan dan madu. Toskan ayam sehingga kering supaya masa menggoreng minyak tak meletup dan kulit ayam cantik berkilat. Bahan-bahan untuk nasi 3 pot beras 1 biji bawang besar mayang halus 3 ulas bawang putih mayang halus 1 inci halia mayang halus 1 kiub stok pati ayam 1 sk garam 2 sudu butter Daun pandan dihiris Cara buat nasi ayam Cairkan butter, tumis bahan yang sudah dimayang dengan daun pandan. Masukkan kiub ayam dan sedikit serbuk kunyit. Masukkan beras, kacau sedikit dan biarkan sekejap. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi. Sukatan air macam masak nasi biasa. Bahan-bahan kuah cili 10 tangkai cili merah besar 5 tangkai cili kering 1 biji tomato 2 ulas bawang putih Sedikit halia 1 sk cuka 1 sk garam 1 sk gula 1/2 cawan air Cara buat kuah cili Kisar cili merah, cili kering, tomato, halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali, masukkan gula dan garam. Tambah sedikit air, masak dengan api kecil sehingga likat. Untuk kicap ayam, hanya gunakan perapan ayam tadi. Kalau nak pekatkan, tambah sedikit tepung jagung. Sumber Zue Zulin dari Masak Apa Hari Ni 4. Resepi Nasi Ayam Hainan Bahan-bahan nasi ayam Beras secukupnya Daun pandan disimpul 2-4 ulas bawang putih dicincang Halia dipotong nipis Garam 2 sb sos tiram/ kiub pati ayam Minyak bijan Butter/ minyak masak Cara buat nasi ayam Masukkan beras dengan air atau air rebusan ayam secukupnya. Masukkan semua bahan kecuali butter/ minyak masak. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Masukkan butter/minyak masak dan beberapa titis minyak bijan. Masak seperti biasa dan kacau-kacau semasa menggelegak. Bahan-bahan ayam hainan Sos tiram/ kicap cair/ kicap manis Garam Minyak bijan Serbuk lima rempah Cara buat ayam hainan Lumurkan ayam dengan sos tiram atau kicap. Letak sedikit sahaja sebab taknak bagi ayam berwarna hitam. Tambahkan garam dan minyak bijan. Taburkan separuh sudu teh rempah untuk seekor ayam, tidak perlu terlalu banyak. Lumurkan semua bagi rata dan perap selama sejam. Ayam boleh dibakar atau digoreng. Bahan-bahan sos cili Cili merah Cili api jika mahu pedas Halia muda Garam dan gula Jus limau/ cuka Cara buat sos cili Kisar semua bahan dengan air masak atau masak sekejap semua bahan. Siap. Bahan-bahan kicap Sos tiram Sup rebusan Kiub ayam Kicap Sedikit minyak bijan Tepung jagung Cara buat kicap Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung dan masak sekejap. Pekatkan kuah dengan tepung jagung sedikit. Bahan-bahan sup ayam Lebihan ayam/ kaki ayam Daun bawang Daun sup Serbuk lada sulah Garam Serbuk sup jika mahu Cara buat sup ayam Potong daun sup atau daun bawang kepada 3 bahagian. Masukkan semua bahan dan rebus semua. Sumber Joanna Johan dari Masak Apa Hari Ni 5. Resepi Nasi Ayam Penyet Bahan-bahan sambal penyet 1 genggam cili padi merah & hijau 5 biji cili merah 3 biji tomato 1 biji bawang besar 6 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2 sudu makan ikan bilis 1 inci belacan Cara buat sambal penyet Goreng atau tumis semua bahan hingga layu atau naik bau. Kisar kasar atau tumbuk semua bahan yang sudah digoreng bersama minyak tumisan tadi. Masak sekali lagi sehingga mendidih atau pecah minyak. Masukkan sedikit air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam. Bahan-bahan ayam penyet 1 ekor ayam dipotong 4, cucuk pakai garfu 5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 2 inci halia 1 inci lengkuas 1 batang serai 1 inci kunyit hidup 1 sudu ketumbar 1 sudu jintan manis 2 sudu makan tepung beras 2 sudu makan serbuk kari Garam Sedikit gula Cara buat ayam penyet Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit, ketumbar dan jintan. Satukan semua bahan lain dan perap ayam selama lebih kurang sejam. Perapkan sekali tempe dan tauhu. Selepas diperap sejam, panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Bahan-bahan sup kosong Kaki ayam Sup bunjut 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia Garam Daun sup Cara buat sup kosong Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan kaki ayam, air dan sup bunjut. Rebus sehingga masak dan taburkan daun sup. Sumber Raja Amanina dari Masak Apa Hari Ni Bahan-bahan ayam madu Ayam seekor tak potong 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 5 sudu sos tiram 2 sudu kicap manis 1 sudu madu 1 sudu minyak bijan Cara buat ayam madu Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Lumur pada ayam dan perap selama setengah jam atau lebih. Rebus ayam di dalam air panas selama 5 – 6 minit. Didihkan air dahulu baru masukkan ayam. Kalau nak kulit ayam cantik, tutup periuk semasa rebus ayam. Angkat ayam dan sapukan dengan sos tiram, kicap manis, madu dan minyak bijan. Gantung ayam selama setengah jam. Jirus ayam dahulu dengan minyak panas, bila kulit dah kering baru masukkan ayam dalam minyak panas. Dah goreng, sapukan ayam dengan madu untuk bagi berkilat. Bahan-bahan nasi ayam 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 2 kiub pati ayam 2 st faram 2 sudu marjerin Daun pandan sedikit serbuk kunyit Cara buat nasi ayam Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar bersama daun pandan. Masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk kunyit. Tumis sehingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam dan masukkan beras. Sukatan air 2 kali ganda dari masak nasi biasa. Masak nasi seperti biasa. Bahan-bahan sos cili 1/2 senduk cili kering kisar 4 biji cili merah besar kisar 5 ulas bawang putih Gula Garam Cuka Tepung jagung Cara buat sos cili Masak semua bahan dan tambah air sedikit. Dah masak, letakkan tepung jagung untuk pekat. Bahan-bahan kicap ayam 5 ulas bawang putih dicincang 1/2 cawan sos tiram 1/2 cawan kicap manis Gula Cara buat kicap ayam Tumis bawang putih dengan minyak sedikit. Masukkan kicap, sos tiram dan gula. Tambahkan sedikir air dan pekatkan dengan tepung jagung. Sumber Sur Aida dari Masak Apa Hari Ni Akhir kata Sekian perkongsian resepi nasi ayam dari kami. Untuk lain-lain masakan ayam, anda boleh cuba ayam masak kicap, ayam bakar dan juga ayam masak merah kenduri. Selamat mencuba!
cara buat nasi ayam melayu